Maklumat Korporat

VISI
  • Pusat Sumber Cemerlang, Pelajar Gemilang
MISI
  • Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat kolej
  • Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.
PIAGAM

Kami warga Pusat Sumber KVKUDAT  dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya  berhasrat secara berterusan akan :
  • Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar
  • Mengurus  dan menyediakan perkhidmatan terbaik  ke arah kecemerlangan pelajar
  • Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan.
MATLAMAT
  • Meningkatkan mutu pendidikan di kolej.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara,bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
OBJEKTIF
  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI DAN PERANAN
  • Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat.
  • Pusat Sumber KVKUDAT akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .