Peraturan

PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KUDAT

Disiplin
  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan
  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian
  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan:      
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
  1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual).
  2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
  3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
  4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PS.
  5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD

Disiplin
  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik APD.
  2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik APD.
  3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
  4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
  5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik  APD di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik APD
  1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PS.
  2. Segala perisian di dalam bilik  APD tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PS.