VISI
- Pusat Sumber Cemerlang, Pelajar Gemilang
MISI
- Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat kolej
- Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
- Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.
PIAGAM
Kami warga Pusat Sumber KVKUDAT dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
- Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar
- Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
- Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
- Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan.
MATLAMAT
- Meningkatkan mutu pendidikan di kolej.
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara,bangsa dan agama.
- Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
OBJEKTIF
- Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
- Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
- Meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI DAN PERANAN
- Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat.
- Pusat Sumber KVKUDAT akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .